Wednesday, April 13, 2011

maddame...

mari kita berdansa bersama-sama dan bawa sekali "American Chopper" anda untuk memeriahkan suasana :) . sila lawati laman facebook rasmi maddame... di www.facebook.com/maddameisgrunge atau tinggalkan pesanan dan komen-komen anda di www.inilahmusic.blogspot.com . - kecik maddame...

Sunday, January 23, 2011

PLEASE VOTE MADDAME...!!!!

KEPADA SEMUA KAWAN KAWAN KU!!
undi band kami, band MADDAME di facebook dalam link http://bit.ly/gbobMaddamethen cari video name maddame, klik video dan tekan like. kami perlukan anda untuk masuk final GLOBAL BATTLE OF THE BAND nanti! (kalau bleh tlg promote kat membe2 skali)

Monday, December 27, 2010

Bab 3 - Dugaan

Ketika aku di tingkatan empat, banyak guru tidak suka kami bermain muzik band ini. Sekolah aku hanya membanggakan kumpulan nasyid sahaja. Alangkah sedihnya ketika itu.
Pada waktu yang sama, kami kehilangan bassist kami, Apis. Dia menyambungkan pelajarannya di SMK Teknik Sepang. Band kami semakin lemah ketika itu. Tetapi tidak semudah itu underzone jatuh begitu sahaja. Dengan sokongan rakan-rakan, kami tetap berusaha untuk memperjuangkan muzik kami. Pertengahan tahun sahaja, kami dapat bermain gigs pertama kami di Skizo Studio Cheras. Tetapi keadaan semakin sukar apabila bassist tiada dan gitaris kami, Amir , tidak dapat bermain disebabkan masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan. Aku mula memanggil rakan ku yang lain untuk menggantikan tempat mereka. Aku bersyukur kerana rakanku Sabiq dan Alif ingin bermain bersama.

Agak sukar untuk praktis untuk keserasian bersama, tetapi kami mencuba sehingga mendapatkannya. Kami tiada kenderaan dari Shah Alam ke Cheras, keadaan merumitkan kami apabila masing-masing kesempitan wang. Akhirnya kami dapat juga sampai kesana menaikki kenderaan awam. Kami dikhabarkan bermain pada pukul 5 petang. Tetapi pihak penganjur memberi kami bermain pada pukul 9 malam. Sehabis sahaja persembahan kami, aku mengheretkan gitarku ke dram. Habis rosak fred gitar dan aku mula menyesal. Siap sahaja mengemas gitar ku, aku dan rakan-rakan ku bergegas balik ke Shah Alam kerana keesokkan harini kami harus ke sekolah. Banyak dugaan yang kami tempuhi lagi. Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah dan memori kami.

Friday, December 24, 2010

Bab 2 - Terciptanya Band

Bermula aku mencipta di tingkatan dua. Band ini diberi nama Underzone. Aku bersama rakan sekolahku menubuh band ini untuk pertama kalinya bertujuan untuk bergembira bersama rakan-rakan ku. Ketika itu kami banyak mendengar lagu rock malayu 80-90an seperti Wings, Search, XPDC, May dan seangkatan dengannya. Tertapi band ini menjadi serius apabila kami mengenali Afiq(gitaris Criedbaby). Afiq telah mengenalkan muzik yang lebih mendalam sehingga membuat kami ingin bermain lebih jauh. Hari demi hari kami pergi ke jamming untuk praktis dan memperbetulkan kelemahan kami. Banyak juga peningkatan mendadak yang kami lihat dari segi tempo dan teknikal sehingga terciptanya lagu kami sendiri.

Semakin lama kami praktis, kami cuba untuk membuat rakaman cd kami sendiri. Setelah merakam lima buah lagu, kami masih belum berpuas hati dengan gaya dan kemahiran kami sendiri dan Afiq berkata, "tukar genre lebih susah, dengar lagu Megadeth dengan Children Of Bodom". Kami terus mencari band tersebut dan praktis. Ketika itu memang susah untuk bermain seperti band tersebut kerana kami masih belum ada teknik bermain dan kami masih mencuba untuk bermain sehingga boleh.

Sebulan selepas itu, kami cuba bermain lagu yang disuruh oleh Afiq dan kami hanya dapat bermain dua lagu daripada band Megadeth. Selepas itu maki cuba untuk mendengar band Nirvana. Lagu yang senang dan kami selesa bermain dengan lagu Nirvana dan terus menjadi identiti kami. Tetapi dalam masa yang sama, kami masih memperbetulkan lagu yang kami cipta dalam rakaman yang kami kelah buat.

Pada suatu hari dalam pertengahan cuti semesta 2007, ayahku memberi satu borang pertandingan 'Top Of The Band'. Pertandingan itu hanya boleh disertai oleh remaja bawah umur 18tahun. Ketika itu kami di tingkatan tiga. Tanpa melengahkan masa, kami segera memasuki pertandingan itu. Pertandingan itu dimulai dengan saringan, juri ketika itu dihadiri oleh kumpulan Joe, Black dan Eddie dari kumpulan Wings. Kami membawa lagu sendiri yang bertajuk Memori dan kami berjaya memasuki pusingan akhir di Alamanda Putrajaya. Kami sungguh gembira tidak terkata dan keputusan ini diberitahu kepada pihak sekolah.

Hari demi hari kami membuat latihan dan tiba masa untuk ke peringkat akhir pada keesokkan harinya. Di pertandingan itu, kami diarahkan supaya membawa dua buah lagu dalam masa 15minit. Pada hari pertandingan itu, banyak band hebat yang kami lihat. Apabila tiba giliran kami untuk bermain,lagu pertama yang kami bawa adalah lagu Memori yang kami pernah bawa ketika diperingkat saringan dulu. Dan lagu kedua yang kami bawa adalah lagu baru ciptaan sepenuhnya dari band kami sendiri yang bertajuk Sepertimu. Kami membuat persembahan dengan baik dan tiba masanya untuk jiri membuat keputusan akhir. Alhamdulillah, kami memperolehi tempat ke-3 dan mendapat hadiah sebanyak RM2000.

Selepas sahaja kami memenangi pertandingan itu, sekolah kami juga memberi penghargaan untuk kami dan kami dijemput untuk memasuki pertandingan mencipta puisi dan lagu yang didaftarkan oleh sekolah kami. Tetapi malangnya kami hanya memperolehi saguhati.

Sambungan Bab 3. . . .