Monday, December 27, 2010

Bab 3 - Dugaan

Ketika aku di tingkatan empat, banyak guru tidak suka kami bermain muzik band ini. Sekolah aku hanya membanggakan kumpulan nasyid sahaja. Alangkah sedihnya ketika itu.
Pada waktu yang sama, kami kehilangan bassist kami, Apis. Dia menyambungkan pelajarannya di SMK Teknik Sepang. Band kami semakin lemah ketika itu. Tetapi tidak semudah itu underzone jatuh begitu sahaja. Dengan sokongan rakan-rakan, kami tetap berusaha untuk memperjuangkan muzik kami. Pertengahan tahun sahaja, kami dapat bermain gigs pertama kami di Skizo Studio Cheras. Tetapi keadaan semakin sukar apabila bassist tiada dan gitaris kami, Amir , tidak dapat bermain disebabkan masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan. Aku mula memanggil rakan ku yang lain untuk menggantikan tempat mereka. Aku bersyukur kerana rakanku Sabiq dan Alif ingin bermain bersama.

Agak sukar untuk praktis untuk keserasian bersama, tetapi kami mencuba sehingga mendapatkannya. Kami tiada kenderaan dari Shah Alam ke Cheras, keadaan merumitkan kami apabila masing-masing kesempitan wang. Akhirnya kami dapat juga sampai kesana menaikki kenderaan awam. Kami dikhabarkan bermain pada pukul 5 petang. Tetapi pihak penganjur memberi kami bermain pada pukul 9 malam. Sehabis sahaja persembahan kami, aku mengheretkan gitarku ke dram. Habis rosak fred gitar dan aku mula menyesal. Siap sahaja mengemas gitar ku, aku dan rakan-rakan ku bergegas balik ke Shah Alam kerana keesokkan harini kami harus ke sekolah. Banyak dugaan yang kami tempuhi lagi. Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah dan memori kami.

Friday, December 24, 2010

Bab 2 - Terciptanya Band

Bermula aku mencipta di tingkatan dua. Band ini diberi nama Underzone. Aku bersama rakan sekolahku menubuh band ini untuk pertama kalinya bertujuan untuk bergembira bersama rakan-rakan ku. Ketika itu kami banyak mendengar lagu rock malayu 80-90an seperti Wings, Search, XPDC, May dan seangkatan dengannya. Tertapi band ini menjadi serius apabila kami mengenali Afiq(gitaris Criedbaby). Afiq telah mengenalkan muzik yang lebih mendalam sehingga membuat kami ingin bermain lebih jauh. Hari demi hari kami pergi ke jamming untuk praktis dan memperbetulkan kelemahan kami. Banyak juga peningkatan mendadak yang kami lihat dari segi tempo dan teknikal sehingga terciptanya lagu kami sendiri.

Semakin lama kami praktis, kami cuba untuk membuat rakaman cd kami sendiri. Setelah merakam lima buah lagu, kami masih belum berpuas hati dengan gaya dan kemahiran kami sendiri dan Afiq berkata, "tukar genre lebih susah, dengar lagu Megadeth dengan Children Of Bodom". Kami terus mencari band tersebut dan praktis. Ketika itu memang susah untuk bermain seperti band tersebut kerana kami masih belum ada teknik bermain dan kami masih mencuba untuk bermain sehingga boleh.

Sebulan selepas itu, kami cuba bermain lagu yang disuruh oleh Afiq dan kami hanya dapat bermain dua lagu daripada band Megadeth. Selepas itu maki cuba untuk mendengar band Nirvana. Lagu yang senang dan kami selesa bermain dengan lagu Nirvana dan terus menjadi identiti kami. Tetapi dalam masa yang sama, kami masih memperbetulkan lagu yang kami cipta dalam rakaman yang kami kelah buat.

Pada suatu hari dalam pertengahan cuti semesta 2007, ayahku memberi satu borang pertandingan 'Top Of The Band'. Pertandingan itu hanya boleh disertai oleh remaja bawah umur 18tahun. Ketika itu kami di tingkatan tiga. Tanpa melengahkan masa, kami segera memasuki pertandingan itu. Pertandingan itu dimulai dengan saringan, juri ketika itu dihadiri oleh kumpulan Joe, Black dan Eddie dari kumpulan Wings. Kami membawa lagu sendiri yang bertajuk Memori dan kami berjaya memasuki pusingan akhir di Alamanda Putrajaya. Kami sungguh gembira tidak terkata dan keputusan ini diberitahu kepada pihak sekolah.

Hari demi hari kami membuat latihan dan tiba masa untuk ke peringkat akhir pada keesokkan harinya. Di pertandingan itu, kami diarahkan supaya membawa dua buah lagu dalam masa 15minit. Pada hari pertandingan itu, banyak band hebat yang kami lihat. Apabila tiba giliran kami untuk bermain,lagu pertama yang kami bawa adalah lagu Memori yang kami pernah bawa ketika diperingkat saringan dulu. Dan lagu kedua yang kami bawa adalah lagu baru ciptaan sepenuhnya dari band kami sendiri yang bertajuk Sepertimu. Kami membuat persembahan dengan baik dan tiba masanya untuk jiri membuat keputusan akhir. Alhamdulillah, kami memperolehi tempat ke-3 dan mendapat hadiah sebanyak RM2000.

Selepas sahaja kami memenangi pertandingan itu, sekolah kami juga memberi penghargaan untuk kami dan kami dijemput untuk memasuki pertandingan mencipta puisi dan lagu yang didaftarkan oleh sekolah kami. Tetapi malangnya kami hanya memperolehi saguhati.

Sambungan Bab 3. . . .

Saturday, December 18, 2010

Bab 1 - Mengenali Muzik

Tanggal 2002, aku ketika itu dalam darjah empat, masih lagi terpinga-pinga dan tertanya-tanya apa itu seni muzik. Ketika itu, aku mula berminat dengan muzik perkusi seperti gendang, bongo, tamboring setelah aku melihat abang-abang dalam tahun enam bermain . Bermulanya disini detik permulaan aku dalam bidang muzik. Ketika itu aku hanya bergenrekan alternatif seperti nasyid sehinggalah mahir sehingga aku ditahun enam. Banyak pengalaman aku diasah oleh Ustaz Mustafa merangkap guru besar sekolah aku ketika itu. Banyak juga aku dan kumpulanku memasuki pertandingan yang didaftarkan oleh sekolahku ketika itu. Banyak pertandingan yang kami menang dan sekolahku ketika itu telah dianggap antara sekolah yang paling hebat didalam Selangor.

Masuk ke tingkatan satu, aku telah cuba menceburi bidang muzik bertali iaitu gitar. Pada mulanya aku hanya bergurau kepada seorang abang yang aku menggelar Ajoy. Aku berkata padanya yang aku ingin memiliki sebuah gitar. Pada keesokkan harinya dia datang kerumah aku dan membawa aku ke kedai peralatan muzik dan aku tidak sangka yang dia betul-betul membeli sebuah gitar untuk aku. Bermula hari itu aku belajar bermain gitar dan dia membawa aku kepada rakannya,Hizami, iaitu seorang permain gitar handalan. Hizami adalah guru gitar pertama aku ketika itu. Disitulah aku mula mengenali erti muzik yang lebih mendalam dan aku mempraktikkan sehingga ke hari ini.

2006, aku dan rakan sebayaku telah menubuhkan satu band yang dinamakan Underzone. Kami pergi ke studio untuk mencuba bermain muzik bersama. Pada mulanya kami hanya bermain untuk menghiburkan hati, tetapi keadaan sudah berubah menjadi serius untuk menjadi lebih maju kedepan. Hari demi hari kami semakin lancar bermain sehinggalah aku mengenali seorang pemilik studio, Afiq. Hari-hari aku menghabiskan masa bersamanya. Sehinggalah suatu hari, aku bekerja distudionya. Setelah seminggu bekerja, Afiq mengajarku bermain alat muzik yang baru iaitu dram. Pada mulanya memang susah, setelah tujuh bulan mempelajarinya, aku lancar bermain dram termasuklah "twin-padle". Disinilah aku mengenali muzik-muzik baru. Rakan-rakan juga banyak membantu aku dalam bidang ini, jikalau tidak, mungkin aku tidak tahu apa erti muzik yang sebenar.

Sambungan Bab 2...

Wednesday, December 15, 2010

Penat Bermacam-macam

dari pagi, sampai lah ke pagi besok aku x tidor..
kerja msok kol 7 pagi, blek kol 3 ptg.. pas balik aku repai moto plak, sampai kol 7 malam, sambong lak meeting ngan band, sampai kol 10 malam,then jamming lak kol 11 sampai 12 malam. pas jamming lepak lagi. blek umah on9 sampai kol 7pagi then sambung g keje.. mmg penat beb!

Lagu baru maddame... kali ni mmg best gile bagi aku. Dah la berat, part pulak melicikkan. Memang lagu lain dari yang lain la kan.. Tapi disebabkan aku dah kehabisan tenaga, aku jamming pon byk sangkot. Sebab mmg dah penat gile wat kerja seblom tuh.

Dan harini aku online kat tmpt kerja, aku kne ceramah Hal Ehwal Music plak ngan ade sorang brader grunge ni. Ceramah kes apa? tuh aku xleh bgtaw la. tapi mmg effect gile kat otak aku sampai aku terase diperlekehkan dan aku mula rase tercabar. Tapi aku diam je sbb aku respect die, die pon kire pangkat otai gak dalam industri underground ni bagi aku. Tapi aku akan buktikan aku ni boleh wat lebih dari ape yg aku blajar dan ape yg die tny pasal SLUDGE!
kau tunggu :)

Saturday, December 11, 2010

Kate Jo "Another maddame... dinner and meeting tonight"

assalamualaikum,
harini maddame... lepak skali, kitorg mkn kat umah Josiah, Pejal asak ape tah, sodap gak, campor plak ngan roti daripada BreadStory yang aku bawak. mmg kenyang la an.. Josiah ajak lepak sebab katenye nak bincangkan pasal FMC record label. Josiah kate maybe hari khamis bersamaan 16dis2010 ni kitorg ade interview kot ngan FMC record. Boleh tahan gak kalo nak dok bawah label FMC ni, takkan nak jadi artis dah ko :). selain dari tuh, Josiah berjaya memikat hati Pejal untuk pergi main tour kat indon, wah! suke siot aku :). akhirnye Pejal nak gak g indon. hahahaha.. 15Jan2011 plak kitorg ade main Global Battle Of The Band (GBOB). bagi sesiape yg mengenali maddame... ni, jemput2 lah beramai ke


Soundmaker Studio, Penang
No. 62, Weld Quay, Penang


pada pukul 7petang. Dan sesiape yg berminat untuk membeli EP maddame..., boleh contact kami kat Facebook yep.. just taip "maddame..." , itu lah kami :)

Friday, December 3, 2010

Maddame...

Aku drummer maddame... skang :)