Friday, December 24, 2010

Bab 2 - Terciptanya Band

Bermula aku mencipta di tingkatan dua. Band ini diberi nama Underzone. Aku bersama rakan sekolahku menubuh band ini untuk pertama kalinya bertujuan untuk bergembira bersama rakan-rakan ku. Ketika itu kami banyak mendengar lagu rock malayu 80-90an seperti Wings, Search, XPDC, May dan seangkatan dengannya. Tertapi band ini menjadi serius apabila kami mengenali Afiq(gitaris Criedbaby). Afiq telah mengenalkan muzik yang lebih mendalam sehingga membuat kami ingin bermain lebih jauh. Hari demi hari kami pergi ke jamming untuk praktis dan memperbetulkan kelemahan kami. Banyak juga peningkatan mendadak yang kami lihat dari segi tempo dan teknikal sehingga terciptanya lagu kami sendiri.

Semakin lama kami praktis, kami cuba untuk membuat rakaman cd kami sendiri. Setelah merakam lima buah lagu, kami masih belum berpuas hati dengan gaya dan kemahiran kami sendiri dan Afiq berkata, "tukar genre lebih susah, dengar lagu Megadeth dengan Children Of Bodom". Kami terus mencari band tersebut dan praktis. Ketika itu memang susah untuk bermain seperti band tersebut kerana kami masih belum ada teknik bermain dan kami masih mencuba untuk bermain sehingga boleh.

Sebulan selepas itu, kami cuba bermain lagu yang disuruh oleh Afiq dan kami hanya dapat bermain dua lagu daripada band Megadeth. Selepas itu maki cuba untuk mendengar band Nirvana. Lagu yang senang dan kami selesa bermain dengan lagu Nirvana dan terus menjadi identiti kami. Tetapi dalam masa yang sama, kami masih memperbetulkan lagu yang kami cipta dalam rakaman yang kami kelah buat.

Pada suatu hari dalam pertengahan cuti semesta 2007, ayahku memberi satu borang pertandingan 'Top Of The Band'. Pertandingan itu hanya boleh disertai oleh remaja bawah umur 18tahun. Ketika itu kami di tingkatan tiga. Tanpa melengahkan masa, kami segera memasuki pertandingan itu. Pertandingan itu dimulai dengan saringan, juri ketika itu dihadiri oleh kumpulan Joe, Black dan Eddie dari kumpulan Wings. Kami membawa lagu sendiri yang bertajuk Memori dan kami berjaya memasuki pusingan akhir di Alamanda Putrajaya. Kami sungguh gembira tidak terkata dan keputusan ini diberitahu kepada pihak sekolah.

Hari demi hari kami membuat latihan dan tiba masa untuk ke peringkat akhir pada keesokkan harinya. Di pertandingan itu, kami diarahkan supaya membawa dua buah lagu dalam masa 15minit. Pada hari pertandingan itu, banyak band hebat yang kami lihat. Apabila tiba giliran kami untuk bermain,lagu pertama yang kami bawa adalah lagu Memori yang kami pernah bawa ketika diperingkat saringan dulu. Dan lagu kedua yang kami bawa adalah lagu baru ciptaan sepenuhnya dari band kami sendiri yang bertajuk Sepertimu. Kami membuat persembahan dengan baik dan tiba masanya untuk jiri membuat keputusan akhir. Alhamdulillah, kami memperolehi tempat ke-3 dan mendapat hadiah sebanyak RM2000.

Selepas sahaja kami memenangi pertandingan itu, sekolah kami juga memberi penghargaan untuk kami dan kami dijemput untuk memasuki pertandingan mencipta puisi dan lagu yang didaftarkan oleh sekolah kami. Tetapi malangnya kami hanya memperolehi saguhati.

Sambungan Bab 3. . . .

No comments:

Post a Comment